Friday, December 9, 2011

Seni Silat Gayong Pasak

Assalammualaikum and Hai

Malam ni bosan kan. Tak tahu nak buat apa. dah penat fikir tak jalan-jalan juga. Tapi kali ni aku nak cerita sikit lah pasal pengalaman aku time join silat dekat sekolah dulu. Biasa lah time sekolah wajib join koko. So, entah macam mna aku dapat puteri islam. Sedangkan time isi borang koko time first masuk teknik aku letak benda lain. Tapi yang lain pulak dapat.

Tapi aku ni jahat sikit aku lari puteri islam dan join silat. Ni pun hasil hasutan kawan aku mimi. So, first aku masuk silat tu best sangat sebab senior-senior dia baik sangat. Kita orang selalu buat latihan time koko dan setiap kali petang isnin ada seorang Guru daripada Persatuan Silat Gayong Pasak Tapah. Macam-macam yang aku belajar kekuda, bunga, langkah silat, time nak serang. Haih, banyak yang aku dah lupa.

Masa form 4, aku tak berapa nak serious join silat sebab aku segan dengan senior. Ealah, gerakan aku tak macam lincah macam dia orang. Seriously, badan aku keras jew. Tak ada langsung ciri-ciri persilat.
Nak dijadikan cerita time form 5. Time tu dah jadi senior so rajin sikit join silat. Yang peliknya senior lagi sikit daripada junior. Disebabkan junior ramai sangat sampai ada yang datang secara pati. So, penasihat silat kita orang buat keputusan siapa yang pati dikeluarkan secara serta-merta daripada silat. Fuhh, nasib baik aku baik dengan cikgu koko aku. So, bodek-bodek dia tukar koko aku. heh3.

Part yang paling aku suka time kita org kena buat persembahan silat depan vip time hari sukan dan anugerah sekolah. Perrghh, gila cuak. Time tu ketar lutut beb. Ealah first time buat persembahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Lepas tu kita orang ada selection untuk pertandingan silat antara sekolah kalau tak silap. Time tu tok guru kita orang nak select untuk beberapa kategori iaitu solo, masyhal putetri, tempur, silat olahraga lepastu aku dah tak ingat dah. Aku terselect untuk kategori masyhal puteri. Masyhal puteri ni ada 4 orang dalam satu group. Kita orang banyak buat persembahan guna bunga. Time tu cuak sangat bayangkan lah gerakan kena sama.Hummm. rugi sangat gambar tak ada. sedih sangat. Korang tengok jew lah gambar yang aku curi daripada blog pertubuhan silat seni gayong pasak.





1 comment:

B L V C K R O S S E E said...

takut lah nk masuk silat.... sbb kata org kena telan jarum.. aisyhh..