Saturday, January 7, 2012

Dingin Lavenda :)

Assalamualaikum.......

hye guys. Hari ini dah masuk hari ke 7 bagi tahun 2012. Tapi still rasa macam ditahun yang sma. Lagipun every year aku langsung tak ada azam. Sebab aku rasa kalau aku buat satu azam aku tak akan dapat buat. So, aku just tetapkan pada takdir dan berdoa supaya diri ini menjadi lebih baik dan bertambah baik. Eyh, korang ada tengok tak cite drama Dingin Lavenda. Cerita best kan. Aku bru start nak tengok. If korang terlepas boleh tengok dekat tonton. Cerita dia best. Banyak pengajaran, islamik dan teladan. Tak rugi kalau korang tengok tau.


Sinopsis Dingin Lavender
Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh. Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. 
Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing. Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. 
Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya. Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira. Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

2 comments:

Emy Sharmimi Nadia said...

best nampakk nye..mujur ad awk.blh sy tahu pasal crta ni..hehe

Niena Sofea said...

Niena ada buat GA , lebih 51 hadiah menarik untuk dimenangi .. Jom join ! =)
http://nienasofea.blogspot.com/2012/01/exclusive-giveaway-by-niena-sofea.html