Thursday, January 17, 2013

PERLIS PART 1 : PADANG BESAR

Assalamualaikum !!

Mengikut perancangan kami sem 5 lagi dah rancang bagai untuk ke padang besar tapi disebab kan kita merancang Allah swt yang tentukan. Maka dengan inin kami telah sampai ke padang besar pada sem 6 ni.
Alhamdulillah.. Sem last bru dapat berjalan bagai. First month tak busy lagi so merangka- rangka lah untuk travel & tour lah jawab nya..

Akhirnya dengan izin Allah swt kita orang sampai juga ke padang besar dengan selamat perjalanan pergi dan pulang. Alhamdulillah..


Sebelum bertolak ke perlis ambil gambar dalam kereta adalah perkara 
yang wajib dilakukan. Time ni perut lapar sangat dan mohon diisi tapi disebabkan
mengikut kata driver kita terus makan dekat padang besar je.


Ini lah driver kita org sempat lagi senyum tu. Tabik lah dekat dia
sebab daripada first bertolak sampai balik dia seorang je
 yang driver.



Kalau ikut kan ni lah driver no 2 kita orang tapi disebabkan keadaan jalan
dan kereta yang teruk semacam tak jadi lah kan.. Dan dalam
travel kita orang ni dia lah yang paling excited sekali. wahaha ._.




Pemandangan sewaktu nak ke perlis cantik sgt
keliling penuh dengan pokok tebu


Dekat area perlis ni banyak gunung yang pelbagai bentuk dan 
cantik-cantik. Pemandangan dia indah sangat. Kalau tak nak je turun 
kereta tapi disebabkan terlalu panas terus xjadi.. >_<


Shaizatul aishah tengah syok duduk main mesej. Siap senyum-
senyum bagai lagi.. How sweeettt '_"


Shopping beli makanan untuk bawa balik hostel ._.



Akhirnya setelah satu jam setengah sampai juga di padang besar
Pagi lagi so kedai-kedai belum banyak yang buka lagi.
So, First thing kita orang nak pergi makan dulu sebab sebelum bertolak memang xmakan
apa-apa pun... '_<


OK, Menyesalnya makan dekat kedai ni
Padahal time pilih-pilih kedai makan kalau ikut kan boleh je
pilih kedai lain tapi tak tahu lah kenapa kedai ni juga yang menarik.
Kalau nak tahu makan dia sungguh-sungguh mahal. Mee bandung dan segala
adik-beradik dia 5 hinggit ok.. Belum lagi kira dengan air.
mee bandung + air sirap laici = rm7.50 
sila lah terkejut "_'


Weee.. Kami dah sampai padang besar ._.



Dalam arkid ni ada banyak sangat kedai jual pelbagai jenis barang, beg
baju, kasut dan macam-macam lagi. Harga dia pun not bad


Pemandangan dekat area padang besar. Nak dekat tengah hari barulah 
orang start ramai


Deretan kedai makan. kebanyakan kedai makan dekat sini
jual makanan ala thai. Aku xberapa nak minat sangat.
still nak cari makanan malaysia


PADANG BESAR

kalau sesiapa yang kuat bershopping boleh lah pusing satu arkid tapi aku tak sampai separuh dah pening kepala dengan orang ramai dan environment yang sempit.. wahaha ._.

Nanti kan sambungan kita orang ke gua kelam pulak.. bye3

wassalam >_<




No comments: