Wednesday, December 7, 2011

Tudung Labuh itu kolot?

Assalammualaikum and Hai







 Selamat siang semua. Alhamdulillah syukur hari ini sudah 11 Muharam 1432 H. Hari ini nak cerita sikit mengenai Jilbab. What's Jilbab? Mesti semua orang yang bergelar wanita sedar bahawa kita diwajibkan memakai Jilbab. Ia merupakan tuntutan yang harus kita tunaikan. Pemakaian Jilbab hendaklah labuh sehingga menutupi dada. Kita tidak dihalang jika ingin berhias atau berfesyen. Tetapi tidak sehingga melampaui batas menutup aurat. Kadang-kadang tu ada yang kata 'eh,pakai tudung labuh kolot lah' . Sampai macam tu sekali. ish ish. eh, klik sini kejap sini pulak.


' budak sekolah agama jew yang pakai tudung stok labuh-labuh ni'.

 Sedangkan dia orang sedar tuntutan tapi kita still dengan sikap kita yang kadang-kadang annoying.  saya kagum dengan mereka. Mereka adalah satu dalam sejuta. Permata dicelahan kaca. Sekarang saya nak kongsi sedikit mengenai syarat pemakaian Jilbab yang betul mengikut tuntutan syarak. Maaf jika ada salah sila betul kan ya.

  • menutup aurat. Adakah tudung yang kita pakai itu labuh menutup kepala sehingga labuh ke dada.Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).
  • Tidak jarang. kalau kita sudah menutup aurat tetapi jarang maka tidak sempurna kita memakai tudung. Jadi kita hendaklah memakai kain yang jenis tebal (bukan yang nipis) sebagai kain pemakaiannya.
  • Tidak berlebihan. Jika kita lihat sekarang ini sudah menjadi satu fenomena dimana fesyen tudung yuna, hana tajima dan banyak lagi. Seperti yang kita ketahui remaja suka berfesyen tetapi kita dilarang berlebihan didalam berfesyen. So, tak salah kalau kita teringin hendak memakai shawl. Pastikan warna yang kita pakai tidak terlalu menarik. Kita juga mesti ingat bahawa kita berjilbab bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa semata-mata.
  • Tidak ketat dan menampakkan rambut. 






Jika kita meyempurnakan syarat-syarat diatas maka sempurnalah kita punya pemakaian jilbab yang menutup aurat. Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan dan muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri.


 Lagi satu jangan asyik nak berfesyen, solat kena inngat juga jangan tinggal solat. solat tiang agama



  • Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
  • Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
  •  Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
  •  Ruginya orang sederhana tak solat, Nabi Muhammad yang sederhana pun solat.
  •  Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.
Bersolatlah anda sebelum anda disolatkan. 


eh, sebelum itu ada benda sikit nak mintak tolong.
hehe. kbye Assalamualaikum.






sumber ilmu : FIQH DAN SUNNAH
Tajuk dipinjam disini

2 comments:

Cik Bhulat said...

sejuk je mata kalo tgk orang pakai tudung labuh2..lagi2 yang masih budak..comel sgt..

moga2 terbuka pintu hati cik bhulat ke arah itu.. amin =]

siti nur sarah said...

insya'Allah. moga terbuka