Tuesday, February 14, 2012

Kenapa kita selalu diberi ujian?

Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila kita ditimpa ujian kita selalu menyalahkan takdir. Selalu mempersoalkan kenapa kita selalu mendapat ujian yang berat sebegitu sehingga kita terlupa pada siapa kita perlu mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Sehingga kan sampai terfikir kenapa Allah SWT pilih kita kenapa bukan orang lain. Tapi kita tak sedar orang yang selalu Allah SWT uji adalah orang yang Allah sayang. Astagfirullah, kadang-kadang iman kita lemah dan kita tidak redha dalam menghadapi ujian Allah. Walhal, kita seharusnya memohon pertolongan dan pertunjuk daripada yang maha esa. Kadang-kadang terfikir begini ' kenapa orang kaya selalu hidup mereka senang, tidak menghadapi kesusahan?'. Setiap manusia yang Allah cipta akan diberi ujian, musibah dan masalah hidup didunia. Tipu lah jika mereka berkata tidak mendapat ujian. Allah SWT memberi kita ujian kerana hendak kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sentiasa berada dijalan Allah dan kita tidak terpesong daripada ajaran Allah dan menyalahkan takdir.

Allah SWT beri kita ujian bukan kerana Allah benci kita tetapi kasih kepada kita. Cuma kadang-kadang kita yang tak sabar dalam menghadapi ujian. Bila kita dalam kesusahan baru kita hendak memohon pertolongan kepada Allah SWT tapi Allah tak pernah benci kita. Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada setiap hamba yang dikasihinya. Jadi apabila kita menghadapi musibah berdoalah mohon petunjuk penyelesaian. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambanya, Allah maha mendengar.







1 comment:

Nur Syaza said...

Hai! Best blog ni :)