Sunday, February 19, 2012

Sahabat :)

Assalamualaikum...


Bila ada kawan kita teringin nak susah senang sama-sama dengan dia kan. Kita anggap dia macam keluarga bila kita berjauhan daripada keluarga kita. Everything yang kita buat kta nak sharing dengan dia kan kan. Tapi sebenarnya kawan tu tak seperti apa yang kita harapkan. Dia anggap kita ni menyusahkan dia. Padahal ukhwah yang terjalin adalah sesuatu ikatan silaturahim yang suci dan dituntut. Kadang-kadang terfikir. Why we can't trust friend 100%? Sometimes ada kawan yang tikam belakang. Cakap depan baik-baik. Rupa-rupanya belakang kita dia mengata kita. It's friend? . Begitu sempit orang yang berkelakuan macam tu. Apa salahnya kalau kita sentiasa berkelakuan baik didepan atau belakang kawan kita. Percaya bahawa suatu hari nanti mereka adalah orang yang paling rapat dengan kita yang akan ingat akan kita. And one more thing, sahabat yang baik adalah sahabat yang sejati.


"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya 
dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya". ( Hadis riwayat al hakim)

Allah SWT menciptakan makhluk diatas bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga kita tidak akan lari daripada fitrah untuk berkawan. Kalau orang yang tak suka berkawan, orang tu akan dianggap sombong dan pelik. Tapi bila kita berkawan banyak adab-adab berkawan yang perlu kita tahu. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT kerana berbaik-baik dengan kawan.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu
teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati".

No comments: