Sunday, February 26, 2012

Sahabat selamanya

Assalamualaikum...


Tadi time tengah duduk layan perasaan tiba-tiba teringat dekat 2 orang sahabat baik aku fatin anisa dengan ermaliana yang dah kahwin . Rindunya dekat dia orang agak lama juga lah aku tak jumpa dia orang, Padahal aku dah janji dengan fatin nak jumpa. Tengok-tengok dia senyap je. Aku pun senyap je lah. hehe. Takde lah sebenarnya aku busy lah  praktikal ni. Aku penat sangat sampai tak teringat pasal janji kita orang tu.

# Harap maklum entri ini panjang sikit...




Fatin Anisa dia ni sebaya dengan aku. Orang dia cun lah juga ( puji ikhlas tau). Tapi dia ni agak kasar juga lah. Aku selalu jadi mangsa dia melepaskan geram. Tau lah aku comel. ceh, Aku perasan je.  Sebenarnya aku kenal dia time first semester 1 dekat politeknik. Kebetulan time tu aku memang takde kawan. Sebab aku tak jumpa langsung budak yang sama course dengan aku. Mula-mula tu malu juga. Ealah time first time berkumpul satu kelas dia orang dah mesra sesama dia orang. Aku tak pun. Mungkin sebab dah biasa. Nak dijadikan cerita Allah SWT telah mempertemukan kita orang sebab time dduk asrama kita orang satu blok. Dia ni agak bising juga orangnya. Mula-mula dia berkawan dengan lagi tiga orang member dia. Dia orang aku tengok rapat sangat pergi makan, kelas semua sama-sama.

 Aku pun tak ingat macam mana aku boleh rapat dengan dia. Selalu juga pergi kelas sama-sama semua. Tapi tu lah xlama lepas tu. Dia cakap dekat aku dia nak berhenti belajar. Memang time tu sedih sangat sebab kawan yg kita baru nak kenal rapat dah nak berhenti. Aku tak thu nak ckp apa. Tapi aku tengok dia happy. Time tu aku fikir dia macam ada problem je. Lepas tu, tak sampai sebulan. Aku tak ingat pulak berapa hari bulan dia ckp dia dah nak kahwin. Tapi aku tak dapat datang sebab aku dekat kedah. But, Alhamdulillah. Sampai sekarang kita orang contact lagi. Hope sampai bila-bila...


Ahmad Firdaus 

  Picture ema dengan suami dia ahmad firdaus. Kawan aku yg rapat start sem 1 masuk poli.
Walaupun orangnya garang tapi hati dia baik. Aku senang kawan dengan dia. Ingat lagi tiap kali dia
balik kg mesti bwa blik lauk. Alhamdulillah, Aku doakan dia sentiasa bahagia.
Walaupun kita tak selalu jumpa tapi kita akan sentiasa jadi kawan.

 Ingat lagi time sem1 dgan sem2 kita selalu keluar berempatkan kadang-kadang berlima. Oh ye, kadang-kadang datang mood kanak2 ribena boleh main gurau2 main kejar-kejar. Zura selalu jadi mangsa sebab dulu zura jenis 'pengeli'. Pantang orang usik geli-geleman dia.huhu. Insya'Allah aku akan simpan kenangan kita semua. 



1 comment:

fis nysa said...

amboi sarah ko ltak pix ak n hubby ak ek..tp pape pon thnks yea kawan..ak syg ko.