Tuesday, March 17, 2015

Get a better life x0x0

                                                          Assalamualaikum...

What a suprise tetiba rasa nak tulis entry dekat blog yang aku dah lama tak jenguk ni. Dulu blog ini aku buat just untuk share aktiviti aku yang agak membosan kan.. Actually aku dah start sambung degree bulan januari haritu, so far so good lah.. Environment dia aku suka sangat.

Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute, aku tak jangka akhirnya setelah 4 kali kot aku mohon upu and semuanya tak dapat. Aku try a best chance dkt MFI. And aku suka sangat sebab suasana U yang sempoi ko pergi kelas pakai jeans, selipar, t-shirt xde hal. But still ada ethic lagi okay.

Sekarang nak masuk week 7, it was a horible week. kuiz, test and assignment berlambak and ko boleh buat selamba buat wat elek wat peace... kikiki





And how the best felling bila dapat jejalan dekat mall dengan kenkawan yang havoc.. But semakin rajin keluar maka banyak lah duit yang keluar mengalir seperti air terjun. So bad, sebab aku ni jenis pantang nampak benda comel or yang tertarik dek mata.. Terus pergi beli tanpa fikir panjang.. So for this month aku nak berazam masa yang terluang tuk study.. Yup,Im serious no more play2..





Sunday, May 11, 2014

sabar pasti ada kemanisan

Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Syukur hari ini dapat sette semua kerja rumah rasa penat sangat sebab jarang spend time macam ini. Actually hari ini rasa macam nak cerita macam macam dekat orang tu tapi orang start busy untuk build up his life. Alhamdulillah rajin dia buat ot bukan untuk orang lain untuk diri dia dan masa depan. Aku tak boleh nak merungut sebab dia yang pilih jalan siapa lah diri ini untuk menghalang. Aku tak minta dia jadi sempurna cukup lah dirinya seadanya dan aku cukup bersyukur dengan perhatian dan segala pengorbanan tapi setiap kesempurnaan mesti ada yang tak cukup. Sorry, sebab aku kadang kadang susah nak faham. Aku suka cara dia dalam berkata kata buat aku jadi matang dalam berfikir. Aku doakan orang tu berjaya capai apa yang dia nak dan i will be your supporter. I do love you always Amirul :)

Wednesday, April 23, 2014

we dont know

Assalammualaikum. Lama sangat aku tak tulis entry dekat blog acah-acah comel ni al-maklum lah sekarang ni kan dah banyak sangat habis kan masa dekat kerja dan si buah hati tercinta. Hikhik
Sekarang ni aku baru berkesempatan nak tulis tu pun sebab tak boleh tidur. Penat sangat-sangat sejak akhir-akhir ini tak tahu nak share dengan siapa. Walaupun ada orang rapat dengan kita mustahil lah semua benda nak share dengan dia. Malam ni jadi satu insiden yang membuatkan aku tersedar, bukan malam ni start daripada haritu lagi sebenarnya bila teringat aku jadi sedih sangat-sangat baru aku sedar yang aku dah banyak menyusahkan dia. Aku tahu dia manusia biasa mesti dia akan rasa yang aku ini satu beban. Walhal aku selalu terfikir macam mana aku nak balas jasa semua orang yang pernah tolong aku. Aku tak mampu mungkin start daripada malam ini aku tak nak susahkan sesiapa dah. Jangan tanya kenapa aku berubah semua ini sebab insiden yang jadi buat aku tersedar yang aku kuat mengharap jasa baik orang. Huhuhu

Wednesday, March 12, 2014

start new life, with new one

Assalammualaikum.
Actually dah tak tahu nak tulis apa sebab lama gila aku xupdate blog lagipun dah masuk tahun baru. Alhamdulillah aku rasa tenang sangat-sangat walaupun banyak sangat dugaan sebelum-sebelum ni but semua tu dijadikan cabaran. Lagipun selama ni memang aku banyak pendam segala-segalanya sampai kan hati aku jadi tabah gila rasa tawar hati dah boleh terima biasalah tu kan. Tapi betul lah apa aturan Allah swt bila kita kecewa rasa kekecewaan tu akan diganti dengan kebahagian yang susah sangat nak digambarkan. Kalau tengok diri aku pn boleh nampak yang aku bahagia sangat. okay. chow dulu. wassalam :)

Wednesday, July 10, 2013

Allah rindukan taubat hambanya :(

Assalammualaikum. Mungkin daripada tittle ini readers boleh agak yang aku ni dah lakukan banyak dosa. Aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.Banyak sangat aku sakit kan hati orang dengan sikap ego dan keras kepala. Aku tidak harap kan apa-apa cuma taubat yang ikhlas padamu Ya Allah. Kadang-kadang aku lupa hanya padamu tempat ku bergantung harap. Bukan orang lain, bukan sesiapa. Aku malu padamu Ya Allah. Tetapkan lah hatiku untuk sentiasa mengingati mu dan ikhlas melakukan ibadah kepadamu. Aminn :')

Saturday, February 23, 2013

redha

Setelah Allah datang kan bahagia dekat kita dan secalit rasa suka. Kemudian Allah datang kan ujian disaat kita lalai dan leka dengan nafsu dan dunia. Aku makin jauh dalam mencari cinta Allah dan rasul bagi aku cinta manusia adalah segala-galanya. Tapi kenapa sekarang baru nak cakap semua. kenapa bukan awal-awal dulu. Aku dah cukup terseksa dah ni..

Ya Allah kuat kan diriku ketika sedih dan susah, berikanlah aku petunjuk untuk membezakan kebaikkan dan keburukan ketikaku memerlukan jalan kebahagian. :'(

Sunday, January 20, 2013

PERLIS PART 2 : GUA KELAM

Assalammualaikum !! Salam ukhwah fillah !!

Alhamdulillah. 
Hari ini nak sambung sikit pasal travelogue aku ke perlis. Tak tau nak cerita macam mana sebab banyak sangat gambar dan akhirnya kita pilih-pilih saje gambar yang mana agak menarik kan. Bagi siapa yang ke perlis rugi kalau korang tak singgah ke GUA KELAM or nama omputih nya CAVE OF DARKNESS.
Memang darkness ye uolls sebab time kita orang sampai tu gua tengah takda bekalan elektrik. So dalam keadaan kegelapan kita orang redah je lah kan.. Siap tulis 'Awas, hari ini tak boleh masuk gua takda bekalan elektrik' tak payah nak awas sangat lah kita orang tak heran pun kalau ko letak papan tanda. wahaha ._.


Alhamdulillah kita orang sampai-sampai je terus solat zohor dan dengan
terujanya nak masuk gua sebab first time nak masuk gua ni.



Disebabkan first time datang sini kita orang amik gambar banyak-banyak
sebab lepas ini mungkin dah tak akan jejak kaki dekat sini. Kita orang pergi time cuti
tapi orang tak ramai sangat. Tempat dia pun macam sunyi sangat.
Sebab kawasan dia pendalaman sangat.



cute lah korang ._.



Time ni dekat pintu gua dah tapi sebab dia cakap gua tak ada bekalan elektrik
 rasa kecewa juga sebab datang jauh-jauh tapi gua tak ada elektrik pula.
Seriously sedih. But, kita orang bukan jenis suka putus asa. So, kita pun
redah je masuk gua ini walaupun gelap tapi nasib baik lah ada satu family ni baik sangat
dorng siap bawa torchlight




Merah, turqoise, hot pink, purple, light coral and black (づ。◕‿‿◕。)づ





yeayh.. berjaya keluar daripada cave of darkness..
Best best sangat tapi kalau ada elektrik lagi best 
dapat tengok dalam gua yang bercahaya itu ye.



Gua kelam. Terpaksa membesarkan mata dengan flash yang bercahaya
walaaah >_.


Tak tahu perasaan mana yang kena rasa dulu sebab
gembira ada, sedih ada, suka ada, takut pun ada. wahaha o_0




Thanks akak baju pink sebab akak and husband lah kita orang dapat masuk gua.
Tak sia-sia lah kita orang datang sini kan.. 




Peace yawr :P



KSM ever.. 



Keluar jew dari gua sebab dari starting point masuk sampai lah keluar baru 
dapat bernafas dengan ok sebab gua gelap ok. thats why lah nama dia kelam.
Lepas jalan keluar daripad gua nampak macam taman rekreasi yang besar sangat
watever aktiviti yang korang nak buat tu buat lah. But not maksiat ok..
Lepas tu ternampak satu papan tanda. wat is that. walaweh SECRET GARDEN weh..
seriously rasa macam tiba-tiba mood korea datang. Macam cerita secret garden pulak kan. Tak payah nak menipu ko mana penah tengok cerita tu tajuk jew ko tahu. Memandai jew 




hoyeh hoyeh ._.




Ikut kan atas-atas lagi kita boleh naik sebab ada tangga tapi disebabkan kita orang datang 
pakai ayu sopan jew tak dapat lah nak buat segala aktiviti yang agak lasak sebab
kita kan lemah lembut. sila lah muntah ;P

So, kita orang hanya dapat bergamabar mungkin satu hari nanti kot 
dapat jejak kaki dekat sini. InsyaALLAH.

OK. Thanks pada yang sudi membaca untuk rasa pengalaman lebih menarik boleh lah ajak family suami
sibling tapi pakwe janganlah sebab bukan mahram kan.. 

Wassalam (づ。◕‿‿◕。)づ