Friday, August 24, 2012

Alhamdulillah, selesai berpuasa selama sebulan seterusnya hari kemenangan setelah kita selesai berjihad dalam bulan yang penuh keberkatan bulan rahmat bulan ramadhan. Selalu sangat bila bulan ramadhan kita tengok orang bersemangat menunaikan ibadah sunat tarawikh tapi sedarkah kita tak kan dibulan ramadhan sahaja kita melakukan ibadah sedangkan dibulan lain kita sanggup meninggalkan solat 5 waktu yang wajib kita tunaikan.

Dipagi raya kawasan persekitaran masjid penuh dengan kanak-kanak, remaja dan org dewasa yang duduk bersembang dan berjumpa dengan kenalan yang sudah lama tidak berjumpa sedangkan tok imam didalam masjid duduk bertakbir dan hanya beberapa jemaah yang duduk sama-sama bertakbir. Manakala jemaah disaf muslimah duduk bersembang bergosip mengenai baju baru, barang kemas ditayangkan dan pelbagai kerenah yang dapat kita lihat.

Ya Allah,jika apa yang aku lihat adalah sesuatu yang perlu aku jauhi kau jauhkanlah aku daripada segala kejahatan dan hawa nafsu yang boleh membalikkan hatiku daripada beriman kepadamu..


No comments: